Infrastruktur dagangan yang pantas dan mantap

Faktor yang paling penting untuk pedagang profesional ialah kepantasan pelaksanaan, kedalaman pasaran dan kualiti pesanan yang dipenuhi. Inilah faktor utama yang kami fikirkan apabila kami membina infrastruktur pelaksanaan yang baru.

Pedagang Axiory kini boleh berdagang dalam masa milisaat dengan penggunaan platform MetaTrader atau protokol FIX. Pelayan MT4 kami dihoskan oleh pusat pengehosan terbesar di dunia seperti Equinix di London (LD4) atau di Tokyo (TY3). Selain itu, teras pelaksanaan kami menggunakan kesambungan kependaman rendah yang berkongsi kedudukan dengan pembekal kecairan dan bank peringkat tinggi.

Lebih pantas, lebih menguntungkan

Kami telah mereka bentuk infrastruktur bertaraf dunia yang berasaskan analisis lokasi pelanggan kami. Kami sentiasa berusaha ke arah persediaan ideal yang boleh memberi pelanggan kami sambungan yang sebaik mungkin dengan Kumpulan Kecairan dan juga masa sambungan terendah dan kurang gelinciran bagi setiap dagangan yang dilaksanakan melalui Hab Pelaksanaan Axiory.

World map & infrastructure

  • Maklumat masa dalam peta infrastruktur memaparkan masa pemindahan satu paket data dari lokasi tertentu ke hab pelaksanaan kami. Sila ambil perhatian bahawa maklumat masa ini tidak termasuk masa pelaksanaan di dalam hab pelaksanaan kami atau kelajuan pengisian pesanan oleh bank.

Hab pelaksanaan Axiory London

Kami telah mengenal pasti empat perkara utama yang penting bagi pengalaman dagangan berkualiti tinggi dengan broker profesional. Keutamaan pertama adalah mempunyai teras stabil yang disambung silang dengan pembekal kecairan. Pembangunan berterusan kami tertumpu terutamanya dalam usaha meningkatkan kedalaman pasaran dan bilangan pusat data dan sistem sandaran.

Execution center

PUSAT PELAKSANAAN SAMBUNGAN SILANG

Pelayan dagangan kami disambung silang dengan Kumpulan Kecairan kami dalam pusat pelaksanaan yang terletak di Equinix LD4 di London. Oleh itu, semua pesanan yang datang dari pelayan kami akan diisi dalam masa milisaat.

Market depth

KEDALAMAN PASARAN YANG DALAM

Kami dihubungkan dengan Kumpulan Kecairan kami yang terletak di London dan New York. Langkah ini memastikan kedalaman pasaran yang dalam untuk memenuhi dagangan volum tinggi dan juga mengurangkan gelinciran yang terhasil dengan pemurataan harga yang dilaksanakan.

Local datacenters

PUSAT DATA TEMPATAN

Kami menggunakan pusat data tempatan di London (LD4), Tokyo (TY3), Amsterdam dan banyak lagi. Ia membantu meningkatkan kepantasan dan kualiti pesanan daripada tempat dagangan tempatan. Pusat data ini juga membantu untuk mengelakkan sambungan berlebihan bagi pelanggan kepada pelayan dagangan tertentu yang boleh menjejaskan kestabilan pesanan mereka.

Back-up systems

SISTEM SANDARAN

Di samping semua itu, kami juga mempunyai sistem sandaran 3 peringkat untuk aliran harga yang memastikan tahap kestabilan yang hebat. Kami mempunyai mekanisma kawalan automatik untuk kes yang mana pelayan dagangan tergendala. Sistem but semula automatik dan pelayan sandaran bagi setiap pelayan utama bermakna ketenangan fikiran untuk para pedagang.

Kepantasan pelaksanaan di Equinix - Pelayan MT4

Persediaan infrastruktur kami dibina untuk dagangan kependaman yang sangat rendah, sehingga potensi penuh yang dibenarkan oleh teknologi MetaTrader. Pelayan dagangan dan pusat pelaksanaan terletak di pusat data Equinix LD4 di London dan disambung silang dengan Kumpulan Kecairan kami.

Equinix - MT4 Server

Kepantasan pelaksanaan untuk sambungan FIX

Untuk pedagang kekerapan tinggi dan pengatur cara berpengalaman, kami juga menawarkan protokol FIX 4.4 yang mana semua dagangan dilaksanakan secara terus dalam Equinix London (LD4).

Equnix - FIX center

Ketelusan pelaksanaan MT4

Selain itu, kami melakukan yang terbaik untuk telus dari segi gelinciran pelaksanaan. Malangnya, adalah tidak mungkin untuk menghasilkan statistik yang terbuka daripada pelayan MetaTrader untuk dikongsi dengan anda. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk menunjukkan data taburan gelinciran yang kami ukur sendiri.

Slippage chart

Perhatian: Gelinciran yang diberikan di atas mewakili kejadian gelinciran bagi tempoh masa dari 1.5.2016 hingga 31.5.2016.

Bermula Di Sini

Di mana pendekatan "manusia ke manusia" adalah realiti

Cuba Akaun DemoBuka Akaun Sebenar

Anda akan bersedia untuk berdagang secara langsung dalam masa yang singkat.